Wednesday, 23 November 2016

Kenangan Bola Jaring SUKIPT SABAH V

Latihan terakhir sebelum Perlawanan

Sebelum bergerak ke lokasi perlawanan sempat ketik 1 gambar team

Perlawanan pertama

Final

UPSI JUARA!

PERALATAN DAN PAKAIAN

     PERALATAN



Bola
                                                      


BOLA                                                                                         

Berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan. Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan. Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak). Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah. 





Image result for TIANG bola jaring
Tiang gol
TIANG BOLA                                                               

  •     Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki).
  •     Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi.
  •     Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm
  •     Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya        tidak condong.

GELANGGANG
Bola jaring boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup
(indoor/outdoor). 

Dalam dewan/indoor
Related image
Luar dewan/outdoor
Ukuran gelanggang bola jaring
PAKAIAN
Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas. Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’. Huruf pada ‘bibs’ mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka. Pemain bersama ‘bibs’ yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan. Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-kasut yang diperbuat daripada bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.


Related image
Bibs

KASUT 

Image result for KASUt sesuai untuk bola jaring
Untuk permainan bola jaring memerlukan kasut yang memberikan fleksibiliti atau kelenturan serta sokongan sisi.




KASUT YANG SESUAI
memilih kasut yang sesuai untuk melakukan aktiviti adalah sangat penting. setiap kasut mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contoh, kasut sukan yang digunakan sewaktu berjogging adalah tidak sama dengan kasut untuk bermain bola keranjang.

pemilihan kasut yang betul adalah sangat penting bagi pemakainya kerana ia akan mendatangkan kesan dalam jangka masa yang lama. ini dapat dibuktikan dengan penyelidikan yang dibuat oleh Mike O'Neil iaitu pakar bidang Kiropodi & Podiatri atau 'feet physician' :

 "serious back, knee and hip pain, Achilles tendonitis, shin splints (leg pain), traumatised toes and painful blisters are some of the conditions people wearing ill-fitting trainers may face." 


“Unfortunately, 65% of the UK’s recreational sportsmen and women wear the wrong shoes for their chosen sport,” 


“Trainers are the most important piece of fitness equipment you’ll ever buy, and changing what you wear on your feet can prevent injuries.

SUMBER: 
http://waninadwah.blogspot.my/2012/02/memilih-kasut-untuk-bersukan-memilih.html






PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Objektif : menjaring sebanyak mungkin gol di tiang pasukan lawan


1. PEMAIN
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan. 

(a) PENJAGA GOL

Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dalam kawasan dan di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasan gol. Tugas- tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang di dalam kawasan jaringan. GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD).

(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)

Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol  (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalam kawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemain dalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalang penyerang gol daripada membuat jaringan. GD juga boleh menerima bola dari hantaran tengah.

(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)

Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialah menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukan lawan dalam bulatan jaringan.

WD juga boleh bertindak sebagai penyerang . Ini berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang. Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.

(d) Pemain tengah (C)

Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskan sebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah di awal permainan. Kawasaan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C boleh bergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.

(e) Penyerang sayap (WA)

Penyerang sayap (wing attack = WA)  juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah.

(f) Penyerang gol (GA)

Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasama dengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.

(g) Penjaring gol (GS)

Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.


2.  PENGADIL

 Pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan ‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan. Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang.

Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan.  2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki.

Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang,
kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:

1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan.

UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING

1.  PENALTI

.
(a)  Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan

(i)    Undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.

(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.

(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.

(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.

(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undang-undang gerak kaki, seolah-olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah.

(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikan kepada pasukan lawan.

(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.

2.  HANTARAN PERCUMA


HANTARAN PERCUMA

Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.

Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti

Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melepasi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:

(a)  Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan.

(b)  Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.

(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil.

(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran. Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran.

(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol  boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan

Hantaran ke Dalam
 Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya :

     (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
     (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.

Lambungan 

Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:

(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan.

SUMBER: http://bolajaringbolajaring.weebly.com/peraturan--undang-undang.html




KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.


a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung  kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.  Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.

 

                                                                                    Teknik melakukan hantaran aras dada
    Image result for hantaran paras dada bola jaring
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. 
  • Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. 
  • Ikut lajak

ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.

Teknik melakukan hantaran aras bahu
Image result for hantaran aras bahu bola jaring
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. 
  • Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. 
  • Angkat tumit kaki belakang. 
  • Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. 
  • Ikut lajak.
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain  lawan.



Image result for hantaran atas kepala bola jaring

     Teknik melakukan hantaran atas kepala.
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. 
  • Ledingkan badan ke belakang sedikit. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. 
  • Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi

Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. 
  • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. 
  • Ikut lajak.

v) Hantaran Lantun

hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.


Teknik melakukan hantaran lantun

Image result for hantaran lantun bola jaring
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. 
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. 
  • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. 
  • Ikut lajak.

b) Menerima Bola

Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.



Teknik menerima bola

  • Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. 
  • Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. 
  • Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola. 
  • Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. 
  • Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.

c) Mengelak

Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu

i)                    Berlari ke arah yang sesuai
ii)                  Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii)                Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)                Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).


Teknik mengelak acan

  • Berada dalam kedudukan bersedia. 
  • Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan.

d) Menghadang

Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)                    Berdiri menghadap permain lawan.
ii)                  Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii)                Berdiri di sisi pemain lawan.
iv)                Berdiri di belakang pemain lawan.




e) Gerak Kaki

Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran  gerak kaki tanpa melanggar undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut:

i)                    Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii)                  Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii)                Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv)                Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.

f) Menjaring

Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:

i)                    Menjaring pada kedudukan statik.
ii)                  Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii)                Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
iv)                Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
v)                  Melompat dan menjaring.

Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan.

Teknik  menjaring pada kedudukan statik

  • Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 
  • Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. 
  • Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari. 
  • Ikut lajak.

Saturday, 19 November 2016

Sukan baru kaum lelaki (BOLA JARING)

Biarpun mungkin dianggap sebagai sukan asing bagi kaum lelaki, bola jaring kini mula mengumpul peminatnya daripada kedua-dua gender. Bola jaring kini giat dimainkan oleh kaum lelaki di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Setakat ini UPSI sudah beberapa kali menghantar pasukan bola jaring ke perlawanan-perlawanan luar seperti Pesta Bola Jaring di Universiti Sains Malaysia (USM). 


Team JUMPERZ UPSI

Dapat dilihat bahawa mereka rasa seronok dan mula menyukai sukan ini. Melalui pemerhatian saya, pemain lelaki lebih bertenaga berbanding pemain wanita, malah kaum lelaki mampu bermain dengan lebih baik dan lebih lincah berbanding kaum wanita.

Menurut Jurulatih bola jaring dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Choo Kon Lee bersetuju bahawa pemain lelaki mempunyai kekuatan fizikal . Namun, untuk memahami dan mencantikkan permainan, mereka perlu mendalami pengetahuan menerusi bantuan jurulatih berpengalaman.

Jika mahir tentang peraturan permainan, teknik dan strategi, rasanya pemain lelaki akan lebih bagus daripada pemain wanita.

"Biarpun begitu, untuk memperkenalkan permainan bola jaring lelaki di peringkat sekolah masih belum tiba masanya kerana kita pun masih menganggap bola sepak tidak wajar dimainkan oleh pelajar perempuan," kata choo ringkas

Bercakap soal peraturan permainan, teknik dan strategi, saya akan berkongsi sedikit sebanyak tentang perkara tersebut. Stay tune!