Wednesday, 23 November 2016

KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran dan menerima bola. Namun begitu, seseorang pemain perlu menguasai kemahiran yang lain seperti mengelak, menghadang, menjaring dan gerak kaki.


a) Melakukan Hantaran
Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung  kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.  Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.
i) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.

 

                                                                                    Teknik melakukan hantaran aras dada
    Image result for hantaran paras dada bola jaring
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. 
  • Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. 
  • Ikut lajak

ii) Hantaran Aras Bahu
Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.

Teknik melakukan hantaran aras bahu
Image result for hantaran aras bahu bola jaring
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. 
  • Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. 
  • Angkat tumit kaki belakang. 
  • Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. 
  • Ikut lajak.
iii) Hantaran Atas Kepala
Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain  lawan.



Image result for hantaran atas kepala bola jaring

     Teknik melakukan hantaran atas kepala.
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. 
  • Ledingkan badan ke belakang sedikit. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. 
  • Ikut lajak.

iv) Hantaran Sisi

Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. 
  • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. 
  • Ikut lajak.

v) Hantaran Lantun

hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.


Teknik melakukan hantaran lantun

Image result for hantaran lantun bola jaring
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. 
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. 
  • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. 
  • Ikut lajak.

b) Menerima Bola

Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.



Teknik menerima bola

  • Mata sentiasa memandang ke arah bola datang. 
  • Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Hulurkan tangan ke hadapan dengan jari dan kedu-dua tapak tangan menghadap satu sama lain. 
  • Terima bola dengan ibu jari sentiasa di belakang bola. 
  • Semasa bola menyentuh jari, bengkokkan siku, bawa bola ke badan. 
  • Semasa menerima bola, pindahkan berat badan ke kaki belakang.

c) Mengelak

Mengelak ialah kemahiran yang membolehkan seseorang pemain bebas daripada kawalan pemain lawan dan berpeluang untuk melakukan tindakan selanjutnya. Cara mengelak seharusnya tidak melanggar undang-undang permain. Terdapat beberapa asas mengelak, iaitu

i)                    Berlari ke arah yang sesuai
ii)                  Berlari laju dan berhenti dengan mengejut.
iii)                Berlari perlahan-lahan dan tukar kepada berlari laju.
iv)                Mengacah dan bergerak ke suatu arah (mengelak acan).


Teknik mengelak acan

  • Berada dalam kedudukan bersedia. 
  • Bongkokkan badan ke satu arah untuk mengelirukan pemain lawan, kemudian bergerak ke arah bertentangan.

d) Menghadang

Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)                    Berdiri menghadap permain lawan.
ii)                  Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii)                Berdiri di sisi pemain lawan.
iv)                Berdiri di belakang pemain lawan.




e) Gerak Kaki

Dalam permainan bola jaring, ketangkasan pemain adalah sangat penting. Ketangkasan pergerakan memerlukan kemahiran  gerak kaki tanpa melanggar undang-undang permainan. Kemahiran gerak kaki penting semasa seseorang itu menerima bola sebelum dihantar kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau semasa menangkap bola di udara. Gerak kaki yang dibenarkan olah undang-undang adalah dalam keadaan berikut:

i)                    Semasa menerima bola dan kedua-dua belah kaki di atas tanah.
ii)                  Setelah menerima bola dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
iii)                Setelah menerima bola dan mendarat dengan sebelah kaki.
iv)                Semasa menerima bola dan berpaksi pada sebelah kaki.

f) Menjaring

Kemahiran menjaring adalah penting kerana kemenangan sesebuah pasukan ditentukan oleh jumlah jaring. Jaringan dikira apabila penjaring gol atau penyerang gol berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Setelah menerima hantaran dan tidak melanggar undang-undang gerak kaki, penjaring dibenarkan melakukan jaringan dalam kedudukan berikut:

i)                    Menjaring pada kedudukan statik.
ii)                  Melangkah setapak ke hadapan dan menjaring.
iii)                Melangkah setapak ke belakang dan menjaring.
iv)                Melangkah setapak ke sisi dan menjaring.
v)                  Melompat dan menjaring.

Menjaring pada kedudukan statik menggunakan sebelah tangan adalah teknik asas menjaring. Bagaimanapun, menjaring menggunakan kedua-dua belah tangan boleh juga dilakukan.

Teknik  menjaring pada kedudukan statik

  • Kedudukan bersedia. Berdiri, sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 
  • Jari dibuka dan melengkung, ibu jari di belakang bola. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke atas kepala sambil membengkokkan lutut. 
  • Luruskan lutut, tolak bola ke sasaran dengan meluruskan tangan dan dibantu oleh pergelangan tangan serta jari-jari. 
  • Ikut lajak.

5 comments: